Sejarah Chengdu Airlines

Asalnya Syarikat Penerbangan itu bernama United Eagle Airlines CO., LTD (Cina ringkas: 鹰联航空公司; Cina tradisional: 鷹聯航空公司; pinyin: Yīnglián Hángkōnggōngsī, juga dikenali sebagai UEAir), syarikat ini ditubuhkan pada Tahun 2004 oleh mantan eksekutif Syarikat Penerbangan China Northwest Airlines, dengan pembiayaan yang diperlukan diberikan oleh Kumpulan Vickers Financial Group. [2] Ia mengambil kapal terbang pertamanya,siri Airbus A320 yang sebelumnya menjadi milik Syarikat Penerbangan Air Jamaica, pada Tarikh 8 Julai 2005 [3] dan pada 27 Julai, penerbangan hasil dimulakan. Jenis pesawat lain yang serupa, Airbus A319 yang sedikit lebih kecil, telah digunakan bersama United Eagle Airlines pada 2 Disember tahun itu.

Pada Bulan Mac 2009, Syarikat Penerbangan Sichuan Airlines melaburkan sebanyak 200 juta RMB (30 juta USD ) di Syarikat Penerbangan United Eagle Airlines, [4] dengan itu memegang 76 peratus saham. [2] Pada akhir Tahun 2009, saham-saham ini dijual kepada pengeluar pesawat China Comac dan kepada Kumpulan Pelaburan Komunikasi Chengdu (Chengdu Communications Investment Group) . Berikutan perubahan hak milik ini, United Eagle Airlines membuat tempahan tegas untuk 30 Pesawat Comac ARJ21, yang pertama pada awalnya dirancang untuk dihantar pada akhir Tahun 2010. [5] Sejak itu, projek Comac mengalami beberapa kelewatan.

Pada Tarikh 23 Januari 2010, syarikat penerbangan itu dinamakan semula sebagai Chengdu Airlines . [2] [5]

Rujukan

WikiPedia: Chengdu Airlines http://www.chengduair.cc/ http://www.gochengdu.cn/news/business/first-domest... http://www.thepaper.cn/newsDetail_forward_1402524 http://airportguide.com/airline/909/United_Eagle_A... http://www.ch-aviation.com/portal/news/52606-haina... http://www.flightglobal.com/news/articles/chinas-u... http://www.realisma.com/portfolio_files/vickers/bu... http://www.airfleets.net/flottecie/United%20Eagle%... https://www.cdal.com.cn/ https://www.flightglobal.com/news/articles/chinas-...